Tuesday, 15 September 2015

PENENTANGAN TERHADAP BRITISH DI KELANTAN

  • Dipetik dari buku   ‘MERDEKA  –  Obor Suatu Perjuangan’ Terbitan:    JABATAN WARISAN NEGARA,  MALAYSIA

  • Detik awal penentangan terhadap pentadbiran British di Kelantan ialah kebangkitan Tok Janggut menentang British di Pasir Puteh.   Kebangkitan ini lebih dikenali sebagaiPerang Tok Janggut yang berlaku di antara  29 April 1915 hingga 24 Mei 1915.

  • Tok Janggut dilakar dalam sejarah penentangan orang Melayu terhadap British sebagai tokoh pejuang patriotisme yang karismatik kerana beliau boleh menarik pengikut yang ramai.

  •   Antara rakannya yang setia ialah Engku Besar bin Engku Ngah (Kampung Jeram),   Penghulu Adam bin Mat Noh (Kampug Kelubi),   Saleh (Kampung Sareng),  Sulung Tasik (Kampung Kok Berangan),  Ibrahim bin Awang (Kampung Batu Hitam),  Ishak bin Muda atau Sahak Merbol,  Haji Said bin Haji Chik(Kampung Nering),  Sasa (Kampung Tok Berangan),  dan  Tok Janggut Mat Amin(Kampung Gong Garu).

No comments:

Post a Comment