Monday, 14 September 2015

ASAL USUL KELANTAN

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daipada perkataan "gelam hutam" iaitu nama melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah".Selain itu,negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tamjung Pura,Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.

Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas ,tetapi penemuan arkeologi menunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah.Kelantan awal mempunyai perhubungan Empayar Funan ,Empayar Khmer ,Srivijaya dan Siam.Kira-kira pada tahun 1411,Raja Kumar,Raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam.Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam.Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.Dengan ancaman oleh Siam,pada 1603,kebanyakkan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar.Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur,Kelantan Barat,Legeh dan Ulu Kelantan.Kira-kira 1760,seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang.

Pada 1800,Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan.Pada 1812,baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan.Pada 1820 an,Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk dan termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat.

No comments:

Post a Comment