Di Negeri Kelantan terkenal dengan pelbagai kebudayaan anrtaranya ialah,kuih tahi itik,keropok lekor,budu,nasi dagang,nasi kerabu,buah tanjong,lompat tikam,solok lada,ayam dan ikan percik,kerabu sagheh,jala mas dan lain-lain.
Budu dihasilkan daripada ikan yang diperam dalam tempayan.
kuih buah tanjung dan kuih tahi itik dihasilkan daripada kuning dan putih telur.
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya berwarna kebiruan ,dan biasanya di makan dengan ikan kering atau ayam goreng ,daging bakar ,telur masin, keropok ,budu dan ulam-ulaman lain.Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan .
Nasi dagang merupakan hidangan tempatan istimewa di Terengganu dan Kelantan.Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.Nasi dagang Kelantan biasanya berwarna coklat kerana menggunakan beras berbeza dikenali 'beras dagang'.
No comments:
Post a Comment