Tuesday, 15 September 2015

CAMPUR TANGAN BRITISH

  • Campur tangan British di Kelantan bermula dengan termetrainya Perjanjian Inggeris – Siam pada tahun 1902 yang membawa kepada perlantikan William Armstrong Graham sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada bulan Julai 1903.  

  • Pihak British telah memperkenalkan sistem percukaian yang begitu asing kepada penduduk tempatan. 

  • Selain daripada cukai kepala,  rakyat jelata termasuk pembesar-pembesar perlu membayar cukai tandan kelapa,  cukai junjungan sirih  dan  cukai tanah mengikut kelas.  

  • Setiap bidang tanah sama ada dikerjakan atau tidak,   dan ada hasil atau tidak,  wajib dibayar cukai.  

  • Sistem cukai ini bercanggah dengan amalan biasa dan pembesar-pembesar hilang keistimewaan mereka.

1 comment: