PERJUANGAN TOK JANGGUT PART 2
- Kesedaran Mat
Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau
dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan
ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam
istana Tengku Seri Maharaja Jeram.
- Beliau belajar
ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani
dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar
membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris
mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung
selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.
- Perjanjian
Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala
Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
- Kehadiran
Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.
- Mat Hassan
pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak
terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk
menubuhkan barisan menentang penjajah itu.
- Mat Hassan juga
berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan
Datuk Bahaman.
No comments:
Post a Comment