PERJUANGAN TOK JANGGUT PART 3
- Sentimen
anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada
Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat
perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi
England dalam peperangan itu.
- Keputusan
Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia
Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul
Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British
dan sekutunya.
- Penindasan
menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu.
Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak
berpuas hati.
- Kekacauan
bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil
kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan
itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen
penentangan.
- Disebabkan tidak
sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran
membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.
- Pada 29 April
1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di
Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil
alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.
- Bagaimanapun mesyuarat
sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura
iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan
Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.
- Sarjan Che Wan
yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29
April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat
Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya
bersenjata.
No comments:
Post a Comment