PERJUANGAN TOK JANGGUT PART 4
- Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai
tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul
persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana
kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan
mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.
- Bagaimanapun
polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan
kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan
Inggeris.
- Tok janggut dan
pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu
melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir
Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri
dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
- Perkembangan di
Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan
sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak
berlaku di Kelantan.
- Sejurus selepas
berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk
Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak
ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai
Kadir.
- Ungku Besar dan
Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan
pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang
dianggap sebagai penindas.
No comments:
Post a Comment